fbpx

Shamsul Iskandar lapor polis, nafi tuduhan seleweng dana NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul (depan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG PERAI – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan serta tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam satu laman Facebook, kelmarin.

Menurut Shamsul Iskandar, hantaran yang mengaitkan dirinya terlibat dengan kegiatan penyelewengan dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah tidak berasas sama sekali dan berunsur fitnah semata-mata.

“Hantaran itu telah membuat tuduhan yang tidak benar terhadap saya dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan tentunya ia tidak lain daripada bertujuan untuk menjatuhkan maruah saya.

“Jadi, selepas mendapat nasihat daripada peguam, saya tampil untuk membuat laporan polis dan meminta pihak polis untuk menyiasat kes ini di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“Untuk pengetahuan, pada masa yang sama, saya juga telah membuat laporan dalam talian mengenai isu ini kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan mereka (SKMM) memberitahu bahawa perkara ini sedang dalam siasatan mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan berkenaan di Balai Polis Seberang Jaya di sini, hari ini.

Terdahulu, hantaran itu dipercayai telah dimuat naik oleh seorang ahli jawatankuasa sebuah parti politik di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, meskipun laporan polis dibuat di Seberang Jaya, namun katanya, siasatan lanjut akan dijalankan oleh ibu pejabat polis daerah (IPD) di Putrajaya kerana kes tersebut direkodkan di sana.

Ditanya mengenai kemungkinan tindakan saman akan diambil terhadap individu terbabit, Shamsul Iskandar memberitahu, satu notis tuntutan berkaitan perkara itu juga akan dihantar selepas ini.

“Bagi saya, surat peguam (notis tuntutan) ini sudah memadai dan saya juga sebagai pengamal undang-undang mengambil tindakan itu berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Di sini juga saya ingin nasihatkan kepada pembangkang terutamanya supaya lebih bertanggungjawab dan kalau ada bukti apa-apa, sila kemukakan kepada pihak berkaitan.

“Kalau ada kes jenayah, boleh lapor kepada polis; kes penyelewengan, rasuah dan sebagainya pula lapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan bukannya membuat ‘posting’ (hantaran) yang ‘meresahkan’ di laman-laman sosial. -KOSMO! ONLINE,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI