fbpx

Jenazah Hamdan Senario selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga , kenalan dan penduduk setempat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum solat jenazah di Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan dekat Ipoh malam ini.

IPOH – Jenazah pelawak dan pelakon, Allahyarham Ahmad Hamdan Mohamed Ramli yang meninggal dunia kerana komplikasi buah pinggang kronik di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi selamat dikebumikan pada pukul 11.35 malam di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini.

Lebih 200 orang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat menghadiri pengebumiannya termasuk ahli kumpulan Senario iaitu Azlee dan Wahid.

Terdahulu, jenazah yang selesai dimandi dan dikafankan di HSA dibawa menaiki van dari Johor Bahru ke Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan di sini untuk solat jenazah kira-kira pukul 10.30 malam.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.

Anak sulungnya, Muhamad Zeyreen Misha Ahmad Hamdan, 31, kini menggalas tugas sebagai ketua keluarga baru menggantikan arwah bapanya.

Hamdan dilahirkan di Batu Gajah memenangi program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995 bersama Ilya serta Wahid dan kemudiannya membentuk kumpulan Senario pada tahun 1996 bersama Shamsul Ghau Ghau, Azlee, Mazlan, Ilya, Wahid dan Farouk Hussain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI