fbpx

Ambil tindakan disiplin kepada pembuli – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan kejadian seorang pelajar memukul rakannya gara-gara enggan ponteng sekolah di tepi jalan Prima Pelangi, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius berhubung kes salah laku buli seperti tular di media sosial pada hari ini.

KPM dalam kenyataan berkata, kes berkenaan kini berada dalam radar pihak kementerian dan sisatan berhubung kes tersebut sedang dijalankan.

Jelasnya, KPM telah mengambil langkah-langkah awal bagi menangani kes ini berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM.

“Ini termasuk dengan menghubungi ibu bapa atau penjaga, menjalankan siasatan yang telus dan terperinci.

“Memaklumkan kes kepada Pegawai Perhubungan Sekolah Polis Diraja Malaysia dan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua murid terlibat,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Tambah KPM, pihak sekolah juga telah diminta untuk memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan salah laku berkenaan direkodkan.

“KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya,” uajrnya.

Dalam pada itu, KPM menyeru semua pihak termasuk media dan orang ramai untuk mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada dengan tidak menularkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam salah laku buli.

“Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] memperuntukkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kes jenayah tidak boleh didedahkan dan perlu dilindungi. Kerjasama seluruh masyarakat juga diminta untuk tidak menormalisasikan salah laku buli,” jelasnya.

Pihak kementerian juga katanya, turut menyediakan platform aduan berhubung kes buli menerusi Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, e-mel [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI