fbpx

8 Ahli Parlimen pembangkang dijangka sokong Anwar bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz ketika ditemui pemberita pada program Jualan Termurah di PPR Kerinchi, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan Ahli Parlimen pembangkang dijangka akan beralih dan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Februari depan.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, perkara itu dijangka berlaku pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.

“Mereka ambil pendekatan untuk tunggu sebab Parlimen akan bersidang pada 26 Februari nanti, baru aktiviti (alih sokongan) itu bermula kembali.

“Ia dianggarkan membabitkan tujuh hingga lapan orang Ahli Parlimen. Ketika ini, mereka tengah tunggu dan lihat apa akan berlaku sepanjang dua bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Jualan Termurah ‘khidmat demi rakyat’ di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, peralihan sokongan itu dipercayai bertujuan untuk mendapatkan peruntukan daripada pihak kerajaan.

Sebelum ini, sebanyak lima wakil rakyat dari Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar iaitu, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik, Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan) termasuk Syed Abu Hussin Hafiz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI