fbpx

Petani tetak 6 lembu rosakkan kebun jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seekor lembu itu cedera ringan akibat ditetak. - Borobudur News

JAKARTA – Seorang petani di Lampung, Indonesia bertindak menetak enam ekor lembu kerana berang kebun jagungnya dirosakkan haiwan tersebut, lapor laman berita Detik semalam.

Sebuah klip video memaparkan lembu-lembu itu cedera dengan kesan tetakan tular di media sosial. 

Lembu-lembu itu dilaporkan mati akibat kecederaan termasuk usus pecah akibat ditikam.

“Benar kejadian itu berlaku pada Jumaat, 29 Disember 2023. Pemilik lembu, Ismail melaporkan kejadian itu di Balai Polis Padang Ratu,” kata Ketua Polis Lampung Tengah, Andik Purnomo Sigit.

Menurut Andik, seorang petani yang dikenali sebagai B menetak lembu milik Ismail selepas kebun jagungnya musnah.

Akibat ditikam oleh B, 5 daripada 6 lembu itu mengalami kecederaan parah, manakala seekor lagi cedera ringan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua pihak berjaya berdamai dan bersetuju dengan bayaran ganti rugi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI