fbpx

Kosmetik Jepun bawa tuah buat Zunita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUNITA kini melanjutkan pengajian di Jepun.

KEJAYAAN bakal menjadi milik mereka yang gigih berusaha.

Ini kerana, tidak semua perkara bermula dengan langkah pertama yang mudah. Ada mereka yang bermula dari bawah dan perlu mengorak langkah demi langkah sebelum berjaya.

Usah malu seandainya perlu bermula dari bawah dengan susah payah kerana kejayaan yang bakal diraih akan menjadi lebih bermakna.

Itu situasi yang berlaku kepada wanita bernama Zunita Ramli, 36.

Dia merupakan seorang usahawan yang kini melanjutkan pelajaran di Jepun selepas terpilih sebagai antara 10 Wanita Hebat (Women Fantastic) di Asia Tenggara oleh ASEAN-Japan Center.

Pengarah Urusan Zaineeta Global iaitu syarikat pengedar kosmetik Jepun di Malaysia itu berkata, tiada jalan mudah ke puncak kejayaan kerana semuanya bermula dari bawah.

“Benar, saya bukan lahir atas dulang emas. Saya lahir atas lantai rumah papan yang hampir reput sahaja.

“Saya membesar dengan keringat arwah abah dan emak yang mencari rezeki membesarkan saya.

“Arwah abah, peniaga pasar malam yang menjual burger dan ayam goreng.

“Memang dari kecil, saya diusung ke sana ke mari dalam van dan sudah biasa dengan panas terik atau ribut petir semasa berniaga.

“Saya tidak pernah malu dengan situasi itu,” katanya membuka bicara.

Tambah graduan University of Melbourne itu, dia bersyukur atas perjalanan yang disusun oleh Allah SWT dari awal perniagaan sehingga kini.

Ujarnya, dia tidak pernah menyangka mampu berkolaborasi dengan jenama terkenal lain.

ZUNITA merupakan pengasas syarikat pengedar kosmetik Jepun di Malaysia.

“Perjalanan Allah aturkan untuk saya sangat cantik. Dia kurangkan di sini (kisah lampau), tetapi lebihkan di sana (kini).

“Walaupun saya lahir dalam serba kekurangan, Allah anugerahkan saya minda yang baik untuk saya berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan sesuatu,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran dan hala tuju perniagaan, Zunita berkata, tidak mudah untuk merealisasikan matlamat terutama untuk bekerjasama dengan syarikat di Jepun, namun segalanya dipermudahkan.

“Bukan mudah untuk menyakinkan syarikat-syarikat ini bekerjasama dengan kita, bermacam juga cabaran yang perlu dilalui.

“Bagaimanapun, Allah mudahkan jalannya dan syarikat yang saya asaskan kini telah berkolaborasi dengan lebih 10 jenama terkenal Jepun,” katanya.

Dalam menjalankan perniagaan, wanita berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu mengakui, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi termasuk mereka yang cuba menjatuhkannya.

“Tipulah kalau saya cakap tidak ada yang hendak jatuhkan, nak musnahkan impian dan runtuhkan semangat saya.

“Bagaimanapun, mereka lupa Allah sudah siapkan saya untuk menghadapi semua ini.

“Apabila disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Hebat (Fantastic Women) dalam kalangan 10 Wanita Hebat di Asia Tenggara oleh ASEAN-Japan Center, ia memang sesuatu yang luar biasa bagi saya,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI