fbpx

1,000 jemaah sertai Program Semarak Subuh Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADUN Kukup, Jefridin Atan (lima dari kiri) menunaikan solat Subuh sempena bagi program SSJ, di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun, di Pontian, Johor, hari ini.

PONTIAN – Program Semarak Subuh Johor (SSJ) bagi empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran ramai jemaah menunaikan solat subuh pagi ini.

Empat buah masjid di daerah Pontian terpilih menjadi tuan rumah bagi pelancaran pagi ini dengan Masjid Jamek Hj. Ahmad Shah, Kampung Rimba Terjun bagi DUN Kukup dan Masjid Jamek Pekan Ayer Baloi bagi DUN Pulai Sebatang.

Diikuti dengan Masjid Jamek Kampung Ulu Pulai bagi DUN Pekan Nanas dan Masjid Jamek Pekan Parit Tengah bagi DUN Benut.

Program SSJ merupakan inisiatif Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan DUN Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000 melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh negeri pada setiap waktu Subuh hari Jumaat sepanjang tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Jefridin Atan ketika ditemui di Masjid Jamek Haji Ahmad Shah, Rimba Terjun disini, berkata, program ini diharap dapat menyemarakan suasana solat Subuh di negeri ini.

Katanya, jawatankuasa masjid dan surau di kawasan DUN Kukup perlu menarik seberapa ramai penduduk untuk menyertai solat Subuh di tempat masing-masing termasuk golongan muda.

“Insyallah hari ini merupakan permulaan bagi program SSJ dan akan diteruskan di masjid dan surau-surau lain pada minggu hadapan dengan lebih ramai penyertaan dari kariah setempat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI