fbpx

Batal lesen perniagaan jika sewa premis kepada warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) ketika sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Pembinaan Pasar Awam Bukit Mertajam di Bandar Perda, hari ini.

SEBERANG PERAI – Jangan salah gunakan lesen dengan menyewakan premis perniagaan kepada warga asing atau berdepan pembatalan serta-merta, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

Kor Ming berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada warga asing untuk membuka premis perniagaan mereka di negara ini.

“Jadi, tindakan undang-undang itu sedang diambil melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan (untuk mengesan premis-premis perniagaan yang disewakan kepada warga asing).

“Dalam hal ini, apabila kita (KPKT) syak telah berlaku isu seperti salah guna premis atau salah lesen dikeluarkan PBT (pihak berkuasa tempatan), maka lesen terbabit akan dibatalkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Pembinaan Pasar Awam Bukit Mertajam di bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Bandar Perda di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Kor Ming memberitahu, sebanyak 1,539 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing telah dijalankan sepanjang tahun lepas iaitu sehingga sehingga 31 Oktober lalu.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen dan premis yang dibuat oleh PBT. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI