fbpx

AO: Raducanu mungkin bermula di aksi kelayakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: RADUCANU memulakan aksi ASB Klasik dengan langkah kanan selepas meraih kemenangan ke atas Ruse. - AFP

LONDON – Bintang tenis Britain, Emma Raducanu mungkin terlepas untuk berada dalam senarai undian utama menjelang aksi Grand Slam Terbuka Australia (AO) selepas kedudukan rankingnya tidak membenarkannya berada dalam senarai itu.

Raducanu terpaksa meninggalkan gelanggang tenis kira-kira lapan bulan selepas juara Terbuka AS 2021 itu menjalani pembedahan pada kedua-dua pergelangan tangan dan buku lalinya.

Pemain berusia 21 tahun itu mempunyai ranking dilindungi iaitu di kedudukan 103 selepas menjalani pembedahan, tetapi posisi itu tidak mencukupi bagi membolehkannya masuk terus ke undian utama Terbuka Australia.

Jika gagal, Raducanu terpaksa bermain di pusingan kelayakan kerana tiket wildcard hanya diberikan kepada pemain tuan rumah.

Ketika ini, Raducanu meraih tonik terbaik apabila meraih kemenangan tiga set atas Elena-Gabriela Ruse pada pusingan pertama ASB Klasik di Auckland kelmarin dengan keputusan 6-3, 4-6, 7-5.

“Saya akui memang sukar untuk bermain selepas berehat lama tetapi saya bersyukur kerana keadaan saya benar-benar sihat terutama dapat menggerakkan badan dan tidak terlantar atau berkerusi roda.

“Agak menakjubkan untuk berada di sini dan saya sangat gembira dapat kembali dalam jelajah. Saya tidak sabar untuk memulakan musim ini dan meneruskan harapan tanpa kecederaan,” katanya.

Selepas ini, Raducanu akan berdepan pemain pilihan kedua, Elina Svitolina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI