fbpx

‘Rider’ hantar makanan naik kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penghantar makanan itu dirakam menunggang seekor kuda di Hyderabad. - NDTV

NEW DELHI, India – Seorang penghantar barang di negeri Hyderabad tular selepas dia dirakam menaiki seekor kuda untuk menghantar makanan, lapor stesen penyiaran NDTV hari ini.

Pekerja syarikat penghantaran makanan, Zomato itu tiba di sebelah Hotel Imperial yang terletak di Chanchalguda. Dia juga melambai tangan kepada orang ramai.

Ketika bercakap dengan seorang pejalan kaki, lelaki itu berkata, dia memilih untuk menunggang kuda selepas stesen-stesen minyak kehabisan petrol.

“Tiada petrol. Saya menunggu dalam barisan selama tiga jam. Saya keluar selepas mengambil pesanan tetapi gagal mendapatkan petrol,” katanya.

Jalan-jalan utama di Hyderabad mengalami kesesakan semalam ketika sebilangan besar penduduk keluar untuk mendapatkan bekalan minyak. 

Stesen-stesen minyak kemudian ditutup selepas kehabisan petrol susulan mogok dilancarkan oleh sebilangan besar pemandu lori sejak kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI