fbpx

Warga emas hilang selepas keluar naik kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHASA Othman gagal dikesan ahli keluarga selepas keluar dari rumah sejak semalam.

SEREMBAN – Seorang warga emas dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas tidak pulang ke rumah di Taman Gembira, Semenyih, Selangor sejak pagi semalam.

Bahasa Othman, 73, yang juga seorang pesara disedari hilang oleh anaknya, Yusri Amir, 41, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Yusri berkata, kebiasaannya dia akan melawat bapanya itu pada setiap hari memandangkan rumahnya terletak berdekatan manakala kali terakhir dirinya bertemu baoanya adalah Jumaat lalu.

“Memang kami adik-beradik akan bergilir menjenguk ayah di rumah bagi menghantar makanan dan sebagainya. Saya tinggal di Beranang dan rumah ayah tidak jauh dari kediaman saya dengan jarak kira-kira enam kilometer, ayah tinggal seorang diri sejak ibu meninggal dunia.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya mendapati ayah tiada di rumah sebaik tiba dan kemudian telah dimaklumkan oleh jiran, dia (ayah) telah keluar dari rumah sekitar pukul 7 pagi dengan menaiki kereta Perodua Axia bewarna kelabu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusri menambah, dia dan ahli keluarga yang lain kini bimbang selepas gagal mengesannya bapanya itu sejak semalam, apatah lagi bapanya itu mempunyai masalah kesihatan dengan menghidap penyakit lupa ingatan (dimentia) selain kencing manis dan darah tinggi.

Katanya, dia sekeluarga ada menerima maklumat dari media sosial yang mengatakan bapanya dilihat di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban pada pukul 8 malam tadi.

“Rakan ayah juga memaklumkan mereka ada menerima maklumat yang ayah akan balik ke kampung di Kampung Keru, Batu Kikir, Jempol, namun kami tidak menemui pun keberadaannya.

“Berikutan itu, usaha mencari ayah terus giat dijalankan kami adik-beradik mengikut jalan lama menghala ke Kuala Pilah dari Semenyih. Jika ada sesiapa yang terjumpa atau telihat nombor plat kereta ayah, bolehlah menghubungi saya di nombor 012-275 7876,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI