fbpx

Permohonan sijil halal meningkat, catat 15,605 permohonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima sebanyak 15,605 jumlah permohonan sijil halal pada tahun 2023 berbanding 14,977 pada tahun 2022, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak empat peratus.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusof berkata, jumlah kelulusan bagi tahun 2023 pula sebanyak 8,509 permohonan, manakala jumlah produk yang dipersijilkan halal kira-kira 132,106 produk.

“Produk yang dipersijilkan halal adalah meliputi skim produk makanan dan minuman selain farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan.

“Untuk makluman juga, fi pensijilan halal Malaysia yang telah berjaya dikutip pada tahun 2023 adalah sebanyak RM11,035,300,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy (SGIE) 2023 dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berjaya berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.

“Perkara itu menunjukkan bahawa industri halal Malaysia semakin berkembang pesat jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

“Pencapaian ini juga telah menyumbang kepada kedudukan Malaysia untuk mengekalkan tempat pertama daripada 81 buah negara bagi tahun ke-10 berturut-turut,” jelasnya.

Menurutnya, Pensijilan halal Malaysia turut mengalami perubahan besar sepanjang 2023 yang mana impak kepada perubahan itu dapat dilihat hasil daripada pelaksanaan Business Process Engineering (BPR) bermula Januari tahun lalu.

“Melalui pelaksanaan BPR ini, Jakim memperkenalkan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 (ISPHM 2.0) hasil daripada projek rintis pengurusan pensijilan halal Malaysia yang dijalankan.

“Jakim akan memastikan pencapaian sebegini akan dikekalkan pada masa akan datang.

“Komitmen yang penuh akan diberikan bagi memastikan pengurusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pihaknya turut akan merancang pelbagai inisiatif baru bagi memperkasakan pensijilan halal Malaysia di peringkat global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI