fbpx

16 sindiket tumpas, dadah RM25.07 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menunjukkan bungkusan berisi dadah jenis ekstasi yang dirampas pada sidang akhbar yang dijalankan di IPD Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sebanyak 16 sindiket pengedaran dadah sepanjang tahun lalu dengan nilai rampasan dadah sebanyak RM25.07 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam tempoh sama, polis telah membuat 98 tangkapan dengan nilai sitaan pelbagai aset sindiket dadah sebanyak RM7.08 juta.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor juga telah melakukan sebanyak 1,423 serbuan terhadap pusat hiburan di seluruh negeri dan telah memeriksa
seramai 15,243 orang, 1,105 daripadanyan ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah.

“Pada tahun lalu, seramai 16,598 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah iaitu pencapaian ketiga tertinggi di Malaysia dengan rampasan sebanyak 5,088.49 kilogram dadah yang bernilai RM35.83 juta selain berjaya menyita pelbagai aset sindiket dadah bernilai RM16.60 juta,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, bagi kadar pertuduhan kes, JSJN Johor telah berjaya tuduh sebanyak 5,728 kes bersamaan 97.30 peratus manakala bagi kadar penyelesaian kes sebanyak 12,947 kes (86.25%) diselesaikan sekali gus melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) dengan masing-masing 90 dan 85 peratus yang ditetapkan bagi tahun lalu.

Tambahnya, bagi kes penagih berulang iaitu tindakan dibawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, seramai 615 orang telah berjaya ditangkap yang merupakan tangkapan ketiga tertinggi di Malaysia.

Tambahnya, Op Tapis Khas yang dijalankan dari Januari hingga November 2023, seramai 1,478 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah iaitu 191 kes bekalan diikuti 293 kes memiliki dadah dan 994 orang penagih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI