fbpx

Myvi buat onar punca nahas lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 2.6 Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Lima buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2.6 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), di sini berpunca daripada tindakan sebuah Perodua Myvi yang melawan arus, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki empat individu terbalik setelah bertembung dengan Myvi terbabit.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, tiada nyawa terkorban dalam nahas jalan raya membabitkan lima kenderaan itu.

Katanya, Triton yang dipandu lelaki warga tempatan berumur 40 tahun dari arah utara menghala ke pusat bandar Johor Bahru gagal mengelak Myvi berkenaan.

“Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan secara melawan arus itu telah berlanggar dengan Triton hingga terbalik.

“Kenderaan pacuan empat roda terbalik di tengah jalan dan menyebabkan tiga kenderaan lain iaitu Honda City, Toyota Vios dan Audi A3 yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak dan melanggar dua kenderaan itu yang berada di tengah jalan,” Katanya kepada pemberita hari ini.

Raub berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu Myvi cedera parah di tangan, kaki serta leher dan masih menerima rawatan di wad zon kuning di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Tambahnya, pemandu kereta lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu Myvi terbabit didapati tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan penumpang kenderaan lain hanya cedera ringan.

“Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian kemalangan ini untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis
Trafik IPD Johor Bahru Selatan atau boleh berhubung dengan pegawai penyiasat iaitu Sarjan Noor Hazlin Aliman di talian 013-6009498,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI