fbpx

Timbalan Menteri Sumber Manusia lapor polis, difitnah sertai Langkah Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman Mohamad (depan, tengah) bersama ahli UMNO dan Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung selepas membuat laporan mengenai fitnah Langkah Dubai di Lipis, Lipis hari ini.

LIPIS – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad membuat laporan polis berhubung satu hantaran video tular menerusi akaun YouTube Halim Romli Channel mengenai fitnah berniat jahat berkaitan Langkah Dubai di Lipis semalam.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini yang turut diserai kira-kira 100 ahli jawatankuasa UMNO Lipis.

Abdul Rahman menjelaskan, laporan dibuat berikutan dakwaan Halim Romli Channel mengenai sekumpulan ahli Parlimen berada di Dubai sebagai percubaan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Juga disebutkan dalam video tersebut bahawa saya merupakan salah seorang yang terlibat dalam percubaan tersebut, walhal pada ketika itu saya berada di Lipis melawat kawasan bersama penduduk setempat.

“Saya sifatkan tindakan ini bermotifkan tuduhan jahat yang sengaja diada-adakan untuk menimbulkan polemik dan sengaja ingin mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Lipis di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, dalam tempoh seminggu seperti yang didakwa menerusi video itu, beliau berada di dalam negara khususnya di kawasan Parlimen Lipis memenuhi program dan menyantuni masyarakat di situ.

“Sementelahan pula waktu Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Dubai, Qatar baru-baru ini yang kebetulan pada penghujung tahun saya berada di Lipis memberikan perkhidmatan kepada masyarakat membuat persiapan menghadapi banjir di sini.

“Tohmahan dan fitnah jahat terhadap saya termasuk pemimpin Barisan Nasional lain tidak seharusnya berlaku di saat Kerajaan Perpaduan kini mempunyai 2/3 majoriti dan merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI