fbpx

Johor, Perak antara negeri diramal hujan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, petang ini.

Antara negeri yang terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dah Sarawak.

Menurut kenyataan di laman Facebook MetMalaysia, amaran tersebut sah sehingga pukul 7 malam.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak di daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara itu, cuaca sama diramal di Rompin, Pahang dan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling, Selangor,” katanya.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk turut diramal di Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan, di Jasin, Melaka serta Johor.

“Dalam pada itu, cuaca buruk turut diramal di Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Simunjan), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, Sarawak,” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI