fbpx

Joshua ramal pemenang aksi Fury, Usyk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FURY akan berdepan Usyk pada aksi 18 Mei ini yang akan berlangsung di Kingdom Arena, Riyadh. - AFP

RIYADH – Peninju profesional British, Anthony Joshua telah membuat ramalan berani tentang siapa yang akan memenangi pertarungan melibatkan Tyson Fury dan Oleksandr Usyk pada 18 Mei di Kingdom Arena, Riyadh, Arab Saudi.

Perlawanan tersebut terpaksa dijadualkan semula selepas berdepan penangguhan ekoran kecederaan yang dialami Fury semasa kem latihan dan tarikh 18 Mei akan menjadi detik penting buat kedua-dua jaguh tinju tersebut.

Fury dijangka mampu mempertahankan gelaran WBC miliknya, manakala Usyk akan mempertaruhka gelaran WBA, WBO, dan IBF sebagai cagaran untuk perlawanan itu nanti.

Joshua tewas sebanyak dua kali dalam perlawanan menentang Usyk sebelum ini menerusi keputusan juri selain menerima kritikan hebat ekoran persembahannya pada aksi pertama memberikan padangan mengenai ramalannya untuk aksi itu nanti.

“Saya telah berlawan dengan Usyk jadi saya hanya boleh bercakap berdasarkan pengalaman itu dan dia merupakan peninju yang luar biasa. Saya akan katakan bahawa dia akan melakukan kerja dengan sangat baik.

“Saya tidak pernah berlawan dengan Fury, jadi saya tidak boleh bercakap tentang bagaimana rasanya berdepan dengannya. Hanya bercakap berdasarkan apa yang saya tahu, saya harus katakan Usyk akan menang,” kata Joshua.

Selepas kecederaan yang dialami, Fury pasti ingin memperbaiki keadaan pada saingan awal bulan depan, tetapi beliau mempunyai tugas yang agak sukar apabila perlu menentang Usyk yang memegang rekod tanpa kalah.

Terdahulu, Usyk telah menumpaskan Joshua dua kali, Daniel Dubois, Derek Chisora, dan Tony Bellew sepanjang kariernya dan berharap untuk mengalahkan saingan Britain kelima untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peninju kelas berat terbaik dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI