fbpx

Pengurus rugi RM239,868 terperdaya skim pelaburan ternakan ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus sebuah syarikat mengalami kerugian sebanyak RM239,868 setelah terpedaya dengan skim pelaburan palsu melibatkan ternakan ikan yang berpusat di Hong Kong.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, mangsa yang berusia 50-an itu dimaklumkan akan menerima pulangan 120 peratus jumlah pelaburan sepanjang tempoh tiga tahun.

“Mangsa terpedaya dengan skim berkenaan sejak 3 Ogos 2018, dimana mangsa telah menyerahkan cek dan melakukan dua kali transaksi wang ke sebuah akaun bank berdaftar di Malaysia.

“Bagaimanapun, sehingga kini pelaburan yang dibuat tidak memberikan sebarang pulangan, sehingga mangsa menyedari telah ditipu pada September tahun lalu namun hanya membuat laporan polis berhubung kejadian itu kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kumar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sejak Januari hingga April tahun ini, sebanyak 218 kes pelaburan palsu dilaporkan dengan nilai kerugian sebanyak lebih RM19 juta direkodkan.

Jumlah ini merupakan peningkatan kerugian sebanyak 75.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu melibatkan 148 kes dengan kerugian sebanyak lebih RM10 juta,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI