fbpx

Lagi wartawan Palestin, keluarga mati syahid dibom Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabr Abu Hadros (kiri) wartawan Palestin yang mati syahid dibom Israel dan jaket yang dipakainya ketika membuat liputan.

PETALING JAYA – Seorang wartawan Palestin dan enam ahli keluarganya maut dibom di kem pelarian Nuseirat Palestin di tengah Semenanjung Gaza, hari ini.

Al Mayadeen yang merupakan salah satu media di Gaza, mengesahkan kematian syahid Jabr Abu Hadros yang merupakan koresponden saluran satelit Al-Quds Al-Youm.

Ujarnya, sumber perubatan Palestin turut mengesahkan bahawa mayat tujuh syahid, termasuk rakan wartawan Abu Hadros, telah dibawa ke Hospital Syahid Al-Aqsa di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

“Rakan-rakan wartawan Abu Hadros melahirkan rasa dukacita atas kematiannya dan beberapa ahli keluarga akibat pengeboman Israel di kediamannya.

“Mereka mengesahkan bahawa dia sengaja menjadi sasaran Israel kerana memaparkan pakaian dan peralatan media milik Abu Hadros di skrin,” katanya.

Sehingga kini, pejabat media kerajaan Gaza mengisytiharkan bahawa jumlah wartawan syahid di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 106, termasuk wartawan Abu Hadros, sejak pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Terdahulu pada hari Khamis, wartawan Mohammad Khair al-Din dan Ahmad Khair al-Din turut syahid dibunuh dalam satu serbuan Israel.

Al-Quds Today mengesahkan misi kewartawanan yang telah berikrar akan terus membuat liputan berita walaupun Israel berusaha menutup ‘mulut’ wartawan.

Sejak peperangan yang bermula pada 7 Oktober lalu, dianggarkan jumlah rakyat Palestin yang mati syahid dan hilang di Semenanjung Gaza dilaporkan sebanyak 27,674 menerusi 1,745 operasi pembunuhan beramai-ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, hampir 1.8 juta orang kehilangan tempat tinggal dan 126 bangunan ibu pejabat kerajaan musnah serta 92 sekolah termasuk universiti turut mengalami nasib yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI