fbpx

Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia.

Menerusi kenyataan MetMalaysia di akaun Facebook, antara negeri yang diramalkan hujan lebat ialah Kedah melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baharu.

“Amaran ini juga dikeluarkan bagi Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan turut terbabit.

“Bagi negeri pantai timur pula, negeri yang terlibat hanyalah Pahang melibatkan daerah Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin,” katanya.

Mengulas lanjut, amaran ini berkuat kuasa sehingga pukul 6.00 petang.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambah MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI