fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di 4 negeri menurun kepada 22,033

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jalan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang yang dinaiki air. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor terus menurun kepada 22,033 orang berbanding 22,120, tengah hari tadi.

Berdasarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat pukul 5 petang ini, jumlah mangsa banjir di Kelantan merekodkan seramai 19,167 orang, Terengganu (2,576 mangsa), Pahang (227 mangsa), manakala Johor (63 mangsa).

“Sebanyak 92 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif dan angka kematian akibat bencana banjir kekal tiga orang,” menurut laporan tersebut.

“Daerah yang masih terjejas adalah Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan, manakala Segamat di Johor,” ujarnya.

Bagi Pahang pula, daerah terjejas adalah Bera, Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin, Temerloh, Bera sementara di Terengganu meliputi Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI