fbpx

Banjir di Johor makin pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih setelah jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 63 penduduk daripada 16 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 121 penduduk daripada 39 keluarga, semalam.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, sehingga kini, hanya daerah Segamat masih terkesan banjir dengan sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Komuniti Taman Tasek, Balai raya Kampung Baru Badak dan Balai raya Kampung Jabi.

“Daripada jumlah itu, seramai 41 penduduk Kampung Sebarang Batu Badak ditempatkan di PPS Balai raya Kampung Baru Badak manakala 14 mangsa banjir dari kampung sama ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Taman Tasek.

“Sementara itu, seramai lapan penduduk Kampung Sermin yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke PPS Balai raya Kampung Jabi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Azmi memberitahu, Sungai Lenik Ladang Chaah di Segamat menghampiri aras bahaya apabila mencatatkan bacaan 5.59 meter (m).

Katanya, menurut maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor, turut berada di aras waspada ialah Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur yang merekodkan bacaan 3.42m.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula melaporkan ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI