fbpx

[VIDEO] Tawaran menarik kepada pasangan pengantin di Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @Salam93 dan Zoo Negara di laman sosial berkenaan sesi fotografi pengantin di Zoo Negara.

PETALING JAYA – Tindakan sepasang pengantin baharu melakukan sisi fotografi di Zoo Negara, menjadi pencetus idea kepada pihak pengurusan untuk mewujudkan pakej istimewa kepada pasangan mempelai.

Terdahulu, momen berkenaan telah dikongsikan oleh salah seorang pengunjung Zoo Negara, @Salam93 di laman TikTok yang memaparkan pasangan pengantin itu melintasi ramai pengunjung bagi melihat anjing laut beraksi.

Zoo Negara menerusi Facebook, turut berkongsi gambar pasangan terbabit selain memaklumkan mengenai promosi tiket percuma kepada pasangan raja sehari.

Menurutnya, pasangan pengantin boleh mendapatkan tiket percuma ke Zoo Negara untuk meraikan cinta bermula 25 Disember lalu pada dengan terma dan syarat ditetapkan.

“Ia terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan budaya serta lengkap berpakaian pengantin semasa lawatan.

“Pengantin juga perlu mengemukakan salinan dokumen pengesahan perkahwinan dan kad jemputan majlis perkahwinan di Kaunter Informasi B.

“Harga diskaun tiket sebanyak 20 peratus diberikan kepada ahli rombongan pengantin dalam satu resit pembelian,” katanya pada hantaran Facebook baru-baru ini.

Tawaran tersebut sah dalam tempoh lapan hari selepas majlis perkahwinan diadakan. – KOSMO! ONLINE

@salam_ruslan46 Pengantin bersanding dalam Zoo Negara 😆#pengantinviral #zoonegara ♬ bunyi asal – 🕊️lirik lagu 🎶Sis Ena 🕊️ – ✍️ lirik lagu 🎶 Sis Ena

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI