fbpx

[VIDEO] Shah Alam tak faham bahasa Melayu, pertuduhan kes bunuh ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI etnik Rohingya yang didakwa membunuh tiba di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

AMPANG JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini terpaksa menangguhkan pertuduhan ke atas lelaki warga Rohingya yang didakwa membunuh lelaki asing pada 10 Disember lalu.

Majistret Normaizan Ramli memutuskan demikian selepas tertuduh, Shah Alam Abu Boshor, 26, mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di dalam bahasa Melayu.

Lelaki itu memaklumkan dia hanya memahami bahasa Myanmar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Normaizan kemudiannya menetapkan 6 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes bagi penyediaan khidmat jurubahasa.

Terdahulu, pertuduhan terhadap lelaki warga asing itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan empat lelaki dan seorang wanita warga asing dipercayai terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian ditahan secara berasingan di Kuantan, Pahang dan Pandan Indah, di sini.

Kejadian berlaku ketika rakan mangsa mahu menutup kedai runcit sebelum diserang suspek. Mangsa yang melihat kejadian itu dikatakan datang membantu.

Dalam pergaduhan itu, mangsa dan rakannya ditikam sebelum suspek melarikan diri. Salah seorang mangsa meninggal dunia, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI