fbpx

Kerajaan Persekutuan pantau rapi situasi banjir – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini situasi banjir sejurus tiba di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan terus memantau situasi banjir dengan rapi.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan akan memastikan mangsa-mangsa banjir dapat tempat berteduh dan berusaha memampan dampak buruk musibah itu.

“Agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sedang bekerjasama rapat bagi memastikan urusan kebajikan mangsa banjir yang diberi keutamaan tinggi pada setiap masa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini situasi banjir dan pengoperasian pasukan keselamatan sejurus tiba di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Katanya, turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Khairul Shahril Idrus.

Tambah beliau, taklimat itu memperincikan masalah yang dihadapi, tantangan operasi, status mangsa di pusat pemindahan sementara selain pemberian bantuan kepada yang terkesan dengan bencana banjir.

“Saya kemudian ke Jambatan Lubok Jong, Pasir Mas bagi melihat sendiri dampak banjir dan langkah rencana untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tesebut.

“Dalam lawatan ini juga saya singgah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK (A) Lati, Kampung Banggol Manok untuk mendengar sendiri masalah dihadapi mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI