fbpx

Bella disyaki diculik teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella

BATU PAHAT – Polis menjalankan siasatan kes kehilangan seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Bella sebagai kes culik.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan menculik susulan penahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang juga teman lelaki kepada Mira Sharmila Samsusah, 34.

“Saya mengesahkan penahanan pekerja sebuah syarikat kurier itu pada 25 Disember lalu dan ditahan reman sehingga 31 Disember ini.

“Sebelum itu lima individu sudah dipanggil untuk diambil keterangan manakala lelaki berkenaan disoal siasat sebanyak dua kali sebelum direman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ismail, polis masih menjalankan siasatan dan penahanan lelaki berkenaan kerana dia merupakan individu terakhir bersama Mira Sharmila selepas dilihat keluar bersama kira-kira pukul 11.50 malam hari kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI