fbpx

Wanita telan 100 pinggan sushi, 7.7 kilogram stik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raina gemar menyertai cabaran makan dengan pantas. - New York Post

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang wanita di negeri California mengembara ke seluruh dunia untuk bersaing dalam cabaran menghabiskan makanan dengan masa yang pantas, lapor akhbar New York Post semalam.

Raina Huang, 29, boleh menghabiskan 100 pinggan sushi dalam masa 35 minit sahaja dan menelan 100 ladu dalam masa cuma 10 minit.

Raina menarik tumpuan netizen selepas berkongsi rakaman dirinya menghabiskan pelbagai jenis makanan di platform TikTok dan YouTube.

Dia lebih gemar menghabiskan makanan Mexico secara pukal kerana didapati lebih mudah untuk ditelan. 

“Cabaran mengabiskan Burrito sangat hebat kerana ia sangat lembut dan saya boleh menyelesaikannya dengan cepat,” kata Raina.

Baru-baru ini, Raina mengambil bahagian dalam satu cabaran di Taiwan di mana dia menghabiskan 7.7 kilogram stik dalam masa 70 minit.

Bagaimanapun, dia dikalahkan oleh seorang pencabar dari Asia yang menghabiskan lebih banyak stik walaupun pada kadar lebih perlahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI