fbpx

Remaja bawah umur didakwa culik budak 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek kes culik seorang kanak-kanak di dakwa di Mahkamah Majestret Johor Bahru. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Tiga remaja termasuk dua yang masih di bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh sebelum ini telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret, R. Salini.

Namun setelah melihat ketiga-tiga tertuduh kurang memahami Bahasa Melayu ketika permintaan rayuan dikemukakan, mahkamah kemudian meminta pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Kemudian,  tertuduh, Jonathan Yet, 18, bersama dua rakannya yang berusia 15 dan 17 tahun menukar pengakuan mereka kepada tidak bersalah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka secara bersama telah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Jalan Serampang, di sini pada pukul 5.15 petang, 12 Disember lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd. Luthfi Ismail, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan memohon jaminan sebanyak RM8,000 kepada semua tertuduh, sebelum mahkamah menetapkan jaminan RM2,500 untuk setiap tertuduh, bagaimanapun dua tertuduh yang masih dibawah umur perlu dijamin ibu bapa atau penjaga.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan sosial dan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI