fbpx

Banjir: Mangsa banjir Terengganu turun 5,983 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk mengharung banjir dengan menaiki sampan di Kampung Matang, Hulu Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu semakin pulih dengan mangsa terjejas menurun kepada 5,983 mangsa daripada 1,660 keluarga.

Setakat ini, sebanyak 60 pusat pemulihan sementara (PPS) masih beroperasi di semua lapan daerah di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun kekal daerah paling terjejas dengan 2,700 mangsa daripada 733 keluarga berada di 31 PPS.

“Seramai 1,666 mangsa daripada 497 keluarga berada di 10 PPS di Hulu Terengganu.

“Sebanyak enam PPS dengan 765 mangsa daripada 213 keluarga pula berada di enam PPS di Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Kuala Nerus mempunyai 349 mangsa daripada 91 keluarga di tiga PPS.

Beliau berkata, seramai 183 mangsa daripada 45 keluarga berada di tiga PPS di Kuala Terengganu.

“Sebanyak lima PPS yang menempatkan 133 mangsa daripada 31 keluarga di Setiu.

“Marang pula masih mempunyai 121 mangsa daripada 31 keluarga berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang,” katanya.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 66 mangsa daripada 19 keluarga di PPS Dewan Terbuka Kampung Belaoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI