fbpx

Ratusan remaja bersiar tepi pantai ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian remaja sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan di Balai Polis Kuala Perlis, awal pagi tadi.

KUALA PERLIS – Keseronokan ratusan remaja meluangkan cuti sempena Krismas dengan menunggang motosikal di persisiran pantai, di sini terbantut apabila ditahan polis, malam tadi.

Dalam Op Motosikal yang dijalankan selama lima jam bermula pukul 9 malam itu, seramai 245 individu berusia antara 14 hingga 28 tahun ditahan untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 210 motosikal melibatkan seramai 230 lelaki dan 15 wanita yang merupakan penunggang dan pembonceng.

“Polis mengeluarkan sebanyak 102 saman atas beberapa kesalahan iaitu tiada cermin sisi (21 kes); tiada lesen memandu (16); tiada nombor pendaftaran (14).

“Selain itu kesalahan mengubah suai ekzos (10); kesalahan lesen kenderaan motor (9); aksesori tidak sempurna (8) dan lain-lain kesalahan lagi,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, seramai empat remaja berusia 17 hingga 19 tahun terdiri daripada petani, peniaga dan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan untuk siasatan lanjut.

“Mereka ditahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana berlumba dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga menyita sebanyak sembilan motosikal atas kesalahan di bawah Seksyen 64 akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI