fbpx

Kuala Terengganu daerah terbaharu dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu yang dilanda banjir hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kuala Terengganu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir menjadi kesemua lapan daerah di negeri ini terjejas dengan bah gelombang ketiga bermula sejak Sabtu lalu.

Setakat ini, seramai 10,199 mangsa daripada 2,811 keluarga berada di 125 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Hulu Terengganu menjadi daerah paling terjejas dengan 3,176 mangsa daripada 928 keluarga berada di 33 PPS.

“Seramai 2,342 mangsa daripada 633 keluarga pula berada di 28 PPS di Dungun. Sebanyak 27 PPS yang mempunyai 2,167 mangsa daripada 644 keluarga dibuka di Setiu,” katanya di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Besut mempunyai 1,432 mangsa daripada 310 keluarga yang berada di 23 PPS.

Tambah beliau, seramai 958 mangsa daripada 267 keluarga pula berada di sembilan PPS di Kemaman.

“Sebanyak dua PPS yang mempunyai 86 mangsa daripada 22 keluarga dibuka di Marang. seramai 25 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu,” katanya.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Kuala Nerus pula mempunyai 13 mangsa daripada tiga keluarga di tiga PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI