fbpx

Covid-19: Hotel di Pulau Pinang tingkat SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hotel-hotel di Pulau Pinang kembali meningkatkan SOP Covid-19. - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Kesemua hotel di negeri ini meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 terutama kepada kakitangan masing-masing bagi memastikan kawasan penginapan itu bebas daripada kes penularan virus tersebut.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Datuk Tony Goh berkata, kakitangan hotel digalakkan untuk kembali memakai pelitup muka dan sering mencuci tangan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman seperti mana saranan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.

“Kita tahu masalah Covid-19 ini adalah isu global, jadi kita mesti sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan.

“Kesemua hotel juga telah memperkemas SOP masing-masing di mana kakitangan hotep telah diminta untuk memakai pelitup muka ketika bertugas dan sering menjaga diri masing-masing agar sentiasa sihat semasa menjalankan tugas,” katanya di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebanyak 22,413 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) iaitu bagi tempoh 17 hingga 22 Disember, berbanding 17,307 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, katanya, sepanjang musim cuti persekolahan serta musim perayaan pada bulan ini, tempahan hotel di negeri ini meningkat terutama bagi hotel yang terletak di kawasan pantai.

“Bagi hujung minggu, ada hotel di kawasan pantai yang tempahan biliknya mencecah 100 peratus dan bagi hotel di kawasan bandar tempahannya mencecah 80 hingga 90 peratus.

“Kadar tempahan hotel yang meningkat ini satu petunjuk yang baik kepada pihak industri dan kami akan terus menjaga SOP bagi memastikan kawasan persekitaran hotel bebas daripada Covid-19,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI