fbpx

Banjir: Jambatan tenggelam, 4 kampung di Kuala Krai terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera membantu penduduk di Tanjong Kala, Kuala Krai yang terjejas banjir.

KUALA KRAI – Lebih 1,000 penduduk di empat buah kampung terputus hubungan sejak kelmarin selepas jambatan Tanjung Kala, Kuala Pertang di sini ditenggelami banjir.

Empat buah kampung terlibat ialah Tanjong Kala, Pasir Jering, Kebun Pisang, Sungai Tasan dan Kuala Pertang.

Tinjauan Kosmo! mendapati, penduduk terpaksa menggunakan bot sebagai pengangkutan untuk keluar dari kampung-kampung tersebut.

Seorang penduduk Saaidi Ibrahim, 49, berkata, jambatan tersebut merupakan penghubung utama penduduk di empat buah kampung itu sejak berpuluh tahun dahulu.

Katanya, keadaan ketika ini menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah saudara-mara agar tidak terperangkap.

“Saya dan isteri masih bekerja. Jadi, kami perlu berulang-alik untuk keluar dan masuk kampung dalam keadaan banjir,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rohadi Yusof, 58, memberitahu, penduduk di sini terputus hubungan selepas jambatan tersebut ditenggelami banjir.

Katanya, berdasarkan kepada cuaca semasa, dia menjangkakan jambatan itu akan tenggelam selama seminggu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI