fbpx

Sesak teruk ke Cameron Highlands, orang tetap serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kesesakan teruk pekan Cameron Highland setiap kali cuti sekolah.

CAMERON HIGHLANDS – Orang ramai tetap memilih Ca­meron Highlands untuk melancong bersama keluarga sempena cuti persekolahan selama dua ming­gu bermula 16 Disember lalu.

Walaupun setiap kali cuti sekolah jalan ke Cameron Highland sesak teruk, perkara itu tidak menghalang orang ramai ke ta­nah tinggi itu.

Seorang pelancong, Mohd. Shalihim Abas, 45, berkata, dia mengambil peluang cuti persekolahan ini untuk membawa isteri dan anak-anaknya untuk bercuti di di sini.

“Cuti sekolah ini merupakan satu ruang untuk saya membawa mereka berjalan-jalan ke sini.

“Peluang yang ada ini saya guna sepenuhnya untuk bersama mereka kerana pada waktu lain mereka ke sekolah dan hujung minggu pula ikuti kelas tambahan dan saya serta isteri sibuk bekerja,” katanya ketika ditemui di sebuah ladang teh di sini semalam.

Kata Mohd. Shalihim, meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup, namun itu tidak bermakna ibu bapa tidak boleh membawa anak-anak mereka untuk melancong.

“Paling penting ialah cara berbelanja mestilah mengikut keupayaan masing-masing ja­ngan sampai terbeban sambil bercuti,” katanya.

Tambahnya, dia memilih untuk datang bercuti di Came­ron Highlands atas faktor suasana cuacanya yang sejuk serta menikmati keindahan alam semula jadi yang ada di sini.

Sementara itu, seorang ­pelancong dari Taiping, Mohd. Adly Kamaludin, 41, berkata, kerajaan perlu memikirkan satu jalan ­penyelesaian bagi selesaikan keadaan trafik di lokasi-lokasi peranginan tumpuan ramai.

“Isu kesesakan trafik di pusat pelancongan ini bukan perkara baharu tetapi sudah lama berlaku dan ia perlu diberi keutamaan oleh pihak-pihak yang berkenaan,” jelasnya.

Seorang lagi pelancong, Haslinda Syafie, 46, turut bersetuju dan berkata, pihak majlis daerah perlu berbuat sesuatu dalam melakukan penambahbaikan bagi mengatasi rungutan orang ramai berkenaan kesesakan di beberapa laluan di Cameron Highlands.

Dia yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Shah Alam, Selangor berkata, antara yang boleh dilakukan ialah melebarkan jalan di beberapa lokasi seperti berhampiran Ladang Teh Sungai Palas hingga Kea Farm menuju ke pekan Brinchang bagi elak ke­sesakan teruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI