fbpx

Liverpool perlu pecah tabung beli Bowen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOWEN (kiri) hangat dikaitkan dengan spekulasi menyertai Liverpool susulan kecederaan dialami Diaz ketika menentang Arsenal awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Liverpool perlu bersedia membelanjakan sekurang-kurangnya £100 juta (RM590.11 juta) jika mahu mendapatkan pemain sayap lincah West Ham United, Jarrod Bowen.

Penyerang West Ham, Michail Antonio memberikan amaran kepada pengurus Liverpool, Jur­gen Klopp bahawa beliau perlu mengeluarkan jumlah tersebut jika mahu memujuk Bowen, 27, berhijrah ke Anfield selepas ini.

“Klopp sebelum ini mendedahkan Bowen adalah kegemarannya selain daripada pemain-pemain Liverpool. Saya fikir beliau sengaja berkata sedemi­kian kerana mahukan Bowen dengan harga rendah.

“Kenyataannya itu seakan-akan memberi gambaran adakah sesuatu akan berlaku di posisi sayap kanan? Adakah mereka akhirnya sedia melepaskan (Mohamed) Salah keluar?

“Katalah apa yang dimahukan, tetapi perlu ingat dia (Bowen) sudah menandatangani kontrak tujuh tahun. Bersedialah dengan sejumlah wang yang besar jika mahukannya,” kata Antonio.

Spekulasi Bowen menyertai The Reds menjadi lebih hangat susulan kecederaan lutut dialami pemain sayap Colombia, Luis Diaz ketika seri 1-1 dengan Arsenal pada aksi EPL di Anfield awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Bowen merupakan aset penting The Hammers dalam beberapa tahun kebe­lakangan ini termasuk kejayaan membantu skuad bimbingan David Moyes itu menjuarai Liga Konferens Eropah musim lalu.

Bowen yang melanjutkan kontrak baharu pada Oktober lalu, meneruskan kecemerlangan itu dengan meledak 11 gol daripada 17 perlawanan EPL musim ini.

Ia termasuk satu jaringannya selain satu lagi daripada Moha­med Kudus ketika menewaskan Manchester United 2-0 di Sta­dium London kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI