fbpx

Konflik Palestin-Israel: Ekonomi Israel terus merudum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja Palestin membersihkan sebuah pasar lama di Hebron, Tebing Barat yang ditakluki pada 17 September 2022. - AFP

TEL AVIV – Perniagaan-perniagaan Israel mengalami kerugian besar, kesan daripada keputusan untuk menggantung permit kerja pekerja Palestin sejak perang ke atas Gaza bermula pada 7 Oktober lalu, lapor laman berita Al Mayadeen kelmarin.

Memetik laporan akhbar The Wall Street Journal, Rejim Zionis mendakwa langkah melaksanakan sekatan ke atas para pekerja Palestin itu diperkenalkan sebagai satu cara untuk menjaga keselamatan Israel.

“Suatu hari, anda bangun daripada tidur dan mendapati satu pertiga daripada pekerja anda telah tiada,” kata pemilik sebuah syarikat hartanah, Nir Yanushevsky kepada penulis artikel tersebut, Omar Abdul Baqui.

Tambah laporan berkenaan, perang Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat mempunyai implikasi ekonomi yang ketara, di mana keputusan untuk menyekat lebih 100,000 pekerja Palestin daripada memasuki wilayah yang dijajah Israel telah menjejaskan pasaran buruh Rejim Zionis.

Pengerahan kira-kira 400,000 askar simpanan Rejim Zionis dan penempatan semula kira-kira 250,000 penduduk Israel kerana bimbang terhadap keselamatan juga telah mengganggu rutin pekerjaan.

“Ketiadaan pekerja telah menyebabkan ekonomi Israel terus rugi sebanyak AS$3.6 bilion (RM16.76 bilion) menjelang pertengahan November lalu. Ini sekali gus memberi kesan kepada beberapa sektor perniagaan yang mengalami kerugian serius termasuk industri teknologi.

“Peperangan ini diramal membawa kepada penutupan kira-kira 30,000 perniagaan kecil dan sederhana Israel,” kata laporan The Wall Street Journal.

Ujarnya lagi, ekonomi Tebing Barat telah mengalami kemerosotan besar iaitu sebanyak 37 peratus dalam pengeluaran, seterusnya mengakibatkan kerugian bulanan sebanyak AS$500 juta (RM2.3 bilion) .

Secara ringkasnya, penggantungan permit kerja Palestin telah menyumbang kepada krisis ekonomi di Tebing Barat serta menyebabkan kehilangan kira-kira 208,000 pekerjaan.

Ini mengukuhkan fakta bahawa komoditi dagangan utama sebenarnya datang daripada penjajahan tentera Israel.

Dalam masa sama, berikutan perbelanjaan berulang-alik dan rampasan tanah, taraf hidup penduduk di Tebing Barat secara amnya merosot disebabkan kekangan pembangunan ekonomi dan kenaikan harga barang.

Sementara itu, menurut laporan laman berita Middle East Eye, kira-kira 500 syarikat multinasional melabur dalam sektor teknologi Israel termasuk Microsoft, IBM, Intel, Google dan Nvidia.

Syarikat-syarikat itu dilihat mungkin akan mempertimbangkan semula hasrat untuk meneruskan pelaburan mereka di wilayah yang tidak stabil seperti Israel.

Dari segi kos ketika perang, terdapat kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung. 

Perbelanjaan langsung merujuk kepada kerugian tunai yang ditanggungnya setiap hari.

Ini termasuk (namun tidak terhad kepada) kos harian senjata, peluru, alatan dan bekalan; gaji askar dan pasukan simpanan; kerosakan, susut nilai, dan penyelenggaraan jentera tentera seperti kereta kebal, kenderaan dan pesawat.

Bagi perbelanjaan tidak langsung, perang telah menjejaskan beberapa sektor ekonomi secara negatif seperti industri dan teknologi, pelancongan, dan tenaga buruh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI