fbpx

7 daerah di Kelantan terputus elektrik sebab banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Penduduk yang tinggal di 63 lokasi dalam tujuh daerah di Kelantan yang terjejas banjir terpaksa tinggal dalam keadaan bergelap malam ini selepas pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di kawasan tersebut.

TNB Careline dalam satu kenyataan berkata, daerah yang terlibat ialah Bachok, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Menurutnya, susulan daripada kejadian ribut dan hujan lebat berterusan di Kelantan, kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dijangka akan mengambil masa yang panjang.

“Keadaan itu disebabkan banyak pokok tumbang sehingga menghempap tiang dan talian TNB.

“Sekiranya banjir semakin bertambah buruk , berisiko dan membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang terlibat di Bachok ialah Kg Pintu Gerbang Kampung Merabang, Kampung Puah, Kampung Repek, Kampung Surau Batu, Pelabuhan Kampung Kemasin, Kampung Padang Kerasak dan Kampung Pak Mali.

Katanya, di Tumpat pula melibatkan Kampung Alor Durian, Kampung Kok Seraya, Kampung Kok Pasir dan KampungTalak Cabang 4.

“Di Kota Bharu, Kampung Chicha Menyabong, Pulau Belanga, Pulau Belanga, Tengku Mohani, Biah, Gaung, Guchil Bayam, Pulau Pisang, Kampung Sireh, Puah, Jalan Sri Cemerlang, Jalan Pengkalan Chepa, Kampung Cheram dan Tanjong Chat.

“Bagi Pasir Mas pula, Kampung Tok Pelandok, Pekan Tok Uban, Serdang, Bunut Susu, Kampung Pasir Parit, Bandar Tasik Raja, Dangar dan Lati,” ujarnya.

Menurut kenyataan tersebut, 13 buah kampung di Rantau Panjang yang berada di dalam daerah Pasir Mas juga terjejas bekalan elektrik.

Katanya, Taman Merbau Utama, Kampung Ketik Buloh dan Bukit Jawa Selising merupakan tiga buah kampung yang terjejas di Pasir Puteh.

“Lima buah kampung di Kuala Krai pula melibatkan Tangga Bradley, Taman Sri Guchil, Kampung Sepuluh, Kampung Becah Pulai dan Kampung Ingin Maju.

“RKT Kesedar Meranto, Kampung Batu Lakit, Batu Papan, RKT Kesedar dan Rumah Banjir Aring 2 merupakan lima kawasan terjejas di Gua Musang,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana-mana pemasang elektrik yang rosak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI