fbpx

[VIDEO] Pemandu lori himpit kereta Persona di Jerantut dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah video berdurasi 52 saat kejadian sebuah lori dipandu bahaya dan menghimpit sebuah kereta Proton Persona di Batu Satu, Jalan Jerantut - Benta (dari arah Jerantut),Jerantut hari ini. - VIDEO/IHSAN IPD JERANTUT

JERANTUT – Polis mengesan seorang pemandu lori dan pemandu sebuah kereta dalam kejadian yang tular di media sosial dipercayai di Batu Jalan Jerantut -Benta (arah Jerantut) di sini hari ini

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berurasi 52 saat itu pukul 8.30 pagi hari ini menyaksikan sebuah lori dipandu secara berbahaya menghimpit sebuah kereta jenis Proton Persona.

“Kejadian tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi. Hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Batu Satu, Jalan Jerantut – Benta (dari arah Jerantut).

“Kedua-dua pemandu yang dirakamkan menerusi video tersebut tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azman, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu pihak polis dengan hadir ke BSPT atau terus menghubungi menerusi talian 09-2666889,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI