fbpx

Tiga beradik dicekup, bunuh kekasih adik di Sungai Choh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis ketika proses menggali mayat lelaki yang ditanam di belakang rumah berkenaan. -Foto PDRM

GOMBAK- Seramai dua lelaki dan seorang wanita tempatan diberkas polis dipercayai terlibat dalam kes bunuh dan tanam kekasih adik di belakang rumah di Sungai Choh, Rawang, di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima aduan terbabit pada pukul 11.25 malam tadi.

Katanya, laporan dibuat oleh wanita tempatan berusia 27 tahun yang terdengar pergaduhan antara dua beradik yang merupakan jirannya kira-kira pukul 11 pagi.

“Sekitar pukul 5 petang, pengadu terdengar perbualan antara suaminya dan abang ipar jiran meminta tolong membantu menanam satu mayat.

“Hasil siasatan awal yang telah dijalankan, polis menjumpai mayat lelaki disyaki warga tempatan tanpa pengenalan diri yang ditanam dalam satu lubang di dalam belukar.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang dibunuh adalah teman lelaki kepada adik perempuan salah seorang suspek yang masih bebas.

Menurut beliau, individu yang ditahan adalah suami (32 tahun), abang ipar (33 tahun), kakak ipar (32 tahun) kepada pengadu disyaki terlibat dalam kejadian ini.

“Siasatan awal dapati tiga suspek ini tidak mengenali mangsa. Hanya dapat tahu mangsa ada buat masalah dengan salah seorang suspek (masih bebas).

“Motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan salah seorang suspek,” tambahnya.

Selain itu, empat lagi suspek, dua lelaki (abang dan adik ipar abang teman wanita mangsa) dan dua wanita (kekasih mangsa dan isteri abang kekasih mangsa) yang masih bebas sedang dikesan.

Si mati datang bersama suspek yang masih bebas ke rumah sebelum dipukul dengan kayu, botol kaca dan tong besi sehingga mati.

Ujar Noor Ariffin, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Asistan Superitendan Polis Puteri Noor Asiah Mohd Sharif di 012-6718024 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Gombak 03-61262242,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI