fbpx

Wanita hilang selepas keluar ke kedai dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILA Sharmila Samsusah yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

BATU PAHAT – Polis Daerah Batu Pahat memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, wanita yang dikenali sebagai Mila Sharmila Samsusah, 34, dilaporkan hilang selepas keluar kira-kira pukul 8 malam pada hari kejadian.

Katanya, wanita yang beralamat di No. 70 Jalan Kelapa Bali, Taman Soga, Batu Pahat ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya ke kedai dobi layan diri di taman perumahan itu.

“Ciri-ciri wanita itu adalah berketinggian kira-kira 160cm, berambut panjang (warna cokelat), kulit sawo matang dan bertubuh sederhana.

“Ketika keluar wanita berkenaan dilaporkan berpakaian baju T serta seluar jeans warna hitam dan menggunakan kasut,”katanya hari ini.

Menurut Ismail, wanita berkenaan masih belum berjaya dikesan dan tidak pulang ke rumah dari mula dilaporkan hilang hingga sekarang.

Ujarnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita ini diharapkan dapat menghubungi Balai Polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Maimunah Sujak, di talian 012-7916895 atau talian hotline IPD Batu Pahat 07-4343999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI