fbpx

Pemulihan bekalan air pengguna terjejas capai 97 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Hospital Kebajikan Kek Lok Si.

GEORGE TOWN – Pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual yang kini memasuki hari keenam di beberapa kawasan di bahagian pulau negeri ini terutama di kawasan hujung laluan (EoL) telah mencapai 97 peratus.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, penyaluran air kepada pengguna yang masih berdepan masalah bekalan air dijangka pulih sepenuhnya hari ini.

“Kita telah mencapai hampir 97 peratus (penyaluran semula bekalan air), ada beberapa kawasan yang sedang dalam proses untuk memperoleh semula bekalan.

“Dipercayai ia ambil masa yang sedikit panjang sebab ada kawasan yang menerima air dan mereka gunakan air, mungkin isi tangki-tangki menyebabkan kawasan yang dihujung sekali lambat terima air, saya harap pada hari ini juga dapat capai 100 peratus,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Hospital Kebajikan Kek Lok Si di sini, hari ini.

Sebelum ini, kira-kira 200,000 pengguna air di Barat Daya (bahagian pulau) dan Seberang Perai (kawasan seberang) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada Selasa.

Ia susulan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah dan setakat petang semalam, lebih 70 peratus pengguna terjejas mula menerima bekalan air.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI