fbpx

Kasihan Shikin Maembong wajah dihina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIKIN dibuli oleh segelintir netizen yang menghina rupa parasnya.

ISTERI kepada penyanyi Cat Farish yang juga kakak kepada pelakon terkenal, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong berang dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah menghinanya.

Pedih betul hinaan yang diterima Shikin apabila seorang netizen bertindak menghina wajahnya dalam Instagram. .

“Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudunglah,” komen netizen tersebut.

Diva yang baca komen berkenaan juga terguris hati, tergamak individu terbabit meninggalkan komen sedemikian.

Setahu Diva, Shikin tidak pernah pun kacau sesiapa sehingga dia dikutuk sedemikian rupa. Enggan berdiam diri, Shikin memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Diva sokong! Memang kena ajar individu yang mulut ‘puaka’ sebegitu. Sudahlah pakai akaun palsu, sebab itu dia berani meninggalkan komen menghina orang lain.

DIVA: Ramai yang sedih dan tidak berpuas hati apabila gagal mendapatkan tiket konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang habis terjual dalam masa dua jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI