fbpx

3 remaja subahat kes culik budak direman tiga hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA suspek kes culik seorang kanak-kanak disambung reman selama tiga hari di Mahkamah Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Reman ke atas tiga lelaki tempatan yang ditahan selepas bersubahat menculik kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disambung tiga hari lagi sehingga Rabu.

Perintah reman bermula hari ini dibenarkan Majistret R.Salini di Mahkamah Majistret, di sini.

Sebelum ini, remaja berusia 15, 17 dan 18 tahun itu direman empat hari bermula 21 Disember dan berakhir hari ini, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan.

Mereka bertiga ditahan di Pontian pada 20 Disember lalu kerana bersubahat menculik seorang kanak-kanak di bandar raya ini pada 12 Disember lalu.

Suspek diberkas di Pontian pada pukul 5.40 petang. Polis memberkas suspek utama kes culik itu yang merupakan seorang mekanik berusia 41 tahun dan sudah dituduh di mahkamah pada 19 Disember lepas.

Mereka merancang melakukan pemerasan bagi mendapatkan wang RM300,000.

“Cubaan menculik itu gagal apabila bapa mangsa berjaya menghalang kejadian itu. Lelaki itu cedera parah di muka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI