fbpx

Universiti wajibkan pelajar derma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar universiti hilang kelayakan menerima anugerah jika tidak menderma darah. - Getty Images

BEIJING – Sebuah universiti di China dikecam orang ramai kerana mewajibkan pelajarnya menderma darah, lapor portal berita South China Morning Post semalam.

Berdasarkan satu tangkap layar pada 12 Disember lalu, seorang kaunselor daripada  Universiti Kewangan Harbin di wilayah Heilongjiang menggesa pelajar menderma darah kerana penyertaan mereka agak rendah.

Dalam mesej itu, dia menjelaskan bahawa pelajar yang menjadi ahli parti komunis atau memegang jawatan kepimpinan kelas akan hilang kelayakan untuk mendapat pengiktirafan atau anugerah sekiranya tidak menderma darah.

Selain itu, dia meminta setiap kelas mengemukakan senarai penderma dan mereka yang tidak dapat melakukannya perlu mengemukakan alasan yang sahih.

Menjawab kritikan orang ramai, pihak universiti menafikan tuduhan tersebut. Aktiviti derma darah itu dikatakan berlangsung secara sukarela dan tidak memberi kesan kepada penilaian pelajar.

Penjelasan itu bagaimanapun menerima kritikan terutamanya kerana pihak universiti menetapkan kuota penderma darah dalam kalangan pelajar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI