fbpx

Makanan Itali paling sedap di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Piza Napotelana mendudui tempat keempat dalam senarai 100 hidangan terbaik di dunia. - epicurious

ROM – Itali dinobatkan sebagai negara yang mempunyai makanan paling sedap di dunia, manakala Jepun dan Greece masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga, lapor portal berita MailOnline.

Senarai itu berdasarkan kajian terbaharu laman pelancongan, Taste Atlas yang menganalisis ‘rating’ 271,819 hidangan dan 80,863 produk makanan di seluruh dunia bagi tahun 2023/2024.

“Itali dan Jepun mencatat purata markah yang sama tetapi Itali menduduki tempat pertama sekali lagi pada tahun ini kerana mendapat markah tertinggi pada hidangan terbaiknya iaitu piza,” kata Taste Atlas.

Melengkapkan kedudukan lima teratas ialah Portugal dan China masing-masing di kedudukan keempat dan kelima. 

Antara yang melengkapkan senarai 10 negara yang mempunyai makanan terbaik ialah Indonesia, Mexico, Prancis, Sepanyol dan Peru. Malaysia pula berada di tangga ke-31 dalam senarai.

Berdasarkan senarai ‘ranking’ berasingan yang menumpukan 100 hidangan terbaik di dunia, tempat pertama disandang oleh picanha dari Brazil. 

Roti canai dari Malaysia mendapat tempat kedua manakala hidangan ‘phat kaphrao’ menduduki tempat ketiga dalam senarai. 

Piza Napoletana dari Itali pula menduduki tempat keempat dan sejenis ladu Cina, guotie di tempat kelima. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI