fbpx

5 premis judi dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pemotongan bekalan elektrik di premis yang menjalankan aktiviti perjudian di daerah Ampang hari ini.

AMPANG – Sebanyak lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, operasi berkenaan dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

“Pada 10 Disember sepasukan polis dari IPD Ampang Jaya membuat serbuan ke atas lima premis disyaki menjalankan aktiviti berunsurkan perjudian atas talian tanpa lesen yang sah di sekitar kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.

“Pihak polis membuat tangkapan dan rampasan mesin yang digunakan untuk aktiviti perjudian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azam berkata, operasi pemotongan elektrik di lima buah premis itu dibuat selepas dikenal pasti menjalankan perjudian atas talian di sekitar kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya dengan berlandaskan Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 38 (1A) Electricity Supply (Amendment) Act 2001.

“Kes disiasat bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 merujuk kepada menjaga sebuah premis perjudian terbuka.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa apa perbuatan menganjurkan perjudian tanpa lesen yang sah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti judi dalam talian bolehlah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis dengan kadar segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI