fbpx

Pegawai APMM didenda RM7,000 kerana terima suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (depan) diiringi pegawai SPRM ketika hadir di Mahkamah Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang pegawai Maritim Malaysia (APMM) didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM500 daripada seorang pemilik syarikat, enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Fadzil Abdullah, 48, yang berpangkat Bintara Muda Maritim Gred T6 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, bapa enam anak itu didakwa menerima wang berjumlah RM500 daripada seorang pemilik perniagaan berusia 38 tahun yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank di Jelutong, Daerah Timur Laut pada 17 April 2017.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam SP Raman.

Raman dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman minimum susulan anak guamnya berisiko kehilangan jawatan selain menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan itu. Mohd. Fadzil kemudiannya membayar denda terbabit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI