fbpx

MRT3: Pengambilan tanah secara berperingkat mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT CORP), Datuk Mohd Zarif Hashim di Double Tree by Hilton Putrajaya hari ini. - Foto: FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi projek Transit Aliran Massa Laluan Lingkaran (MRT3) yang akan mengambil masa selama dua tahun untuk dimuktamadkan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bagi meminimumkan kos pengambilan tanah kepada kerajaan, MRT Corp akan bekerjasama secara aktif dengan pemaju hartanah.

“Pendekatan kami terhadap proses pengambilan tanah akan menggabungkan langkah-langkah yang berhemah dan penuh ihsan untuk memastikan kesan sosial yang minimum kepada masyarakat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan di antara MRT Corp dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, proses pengambilalihan itu dijangka melibatkan sebanyak 1,012 lot tanah meliputi 842 lot tanah persendirian, 133 lot tanah kerajaan dan 37 lot tanah tidak diketahui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI