fbpx

Hantu bawa belon berkeliaran di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Belon itu dilihat bergerak ke hadapan bilik darjah. - YouTube/Reddit

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang tukang cuci melihat entiti paranormal dipercayai ‘hantu’ berkeliaran di dewan sebuah sekolah tinggi di negeri Florida, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sekolah tersebut dibina di atas sebuah kawasan perkuburan lama.

Tukang cuci itu merakam kejadian seram dia diekori ‘hantu’ di Sekolah Tinggi King, bandar Tampa ketika membersihkan sebuah bilik darjah selepas waktu sekolah.

Ketika kejadian baru-baru ini, bilik darjah itu kelihatan dipenuhi konfeti dan belon. Dia memberi tumpuan kepada sebuah belon berwarna merah yang menakutkannya.

“Tidak kira di mana saya berada di dalam kelas atau apa sahaja yang saya lakukan, ia mengekori saya,” katanya.

Rakaman kejadian memaparkan belon itu terapung sebelum bergerak ke hadapan kelas dan mengekori tukang cuci tersebut. Bayang hitam kemudian melepasi belakang dewan sekolah berkenaan.

Menurut lelaki itu, dia bukan satu-satunya orang yang pernah mengalami kejadian aneh di sekolah tersebut pada waktu malam kerana rakan sekerjanya juga menghadapi insiden serupa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI