fbpx

Bayar zakat simpanan secara automatik dengan Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Rakyat memperkenalkan perkhidmatan pembayaran zakat simpanan secara automatik menerusi Akaun Simpanan-i dan Akaun Semasa-i kepada pelanggan, baru-baru ini.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, ia bertujuan untuk membolehkan pelanggan menunaikan kewajipan itu dengan mudah dan lancar.

Menurut kenyataan tersebut, Bank Rakyat mengguna pakai konsep Syariah iaitu kontrak Wakalah menerusi kemudahan berkenaan.

“Pelanggan sebagai ‘muwakkil’ melantik Bank Rakyat sebagai wakil untuk uruskan bayaran zakat kepada agensi mengurus zakat (AMZ) seperti Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

“Ia merupakan komitmen berterusan kami memanfaatkan perkhidmatan dan perbankan digital dengan menyediakan penyelesaian inovatif pelanggan.

“Ia termasuk membantu meningkatkan kemakmuran ekosistem kewangan sosial dan Islam secara keseluruhannya,” kata kenyataan itu.

Bank Rakyat memperkenalkan perkhidmatan pembayaran zakat simpanan secara automatik, baru-baru ini.

Kata kenyataan sama, jumlah zakat simpanan akan dihitung secara automatik dan ditolak melalui sistem Bank Rakyat apabila memenuhi syarat haul dan nisab menerusi akaun pelanggan tanpa sebarang caj tambahan.

“Pelanggan juga akan menerima resit operator zakat dan pemberitahuan daripada yang mengesahkan pembayaran berjaya dilaksanakan.

“Pelanggan yang berminat boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Bank Rakyat berhampiran di seluruh negara,” jelas kenyataan itu.

Perkhidmatan ini tersedia untuk semua akaun simpanan dan semasa individu seperti Akaun Simpanan-i, Akaun Simpanan-i Ibadah Umrah, Akaun Simpanan-i Tabung Qurban dan Akaun Semasa-i Elektronik (eCAi).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300-80-5454 dan kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI